Pages

Tuesday, December 27, 2011

::..tOpuP?????..::



?/Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan/?..


Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon
apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat
panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar
perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus
bergegas mencari bekalan ?*topup*?.Kita akan memastikan bahawa kredit
kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada
sesuatu yang lain?

Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada
kita..?Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke
syurga?.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari
kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana
agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ?*top-up*?
pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini
dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi
segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam
interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya.

Kita selalu menangis apabila kita kita kehilangan sesuatu yang amat
berharga kepada diri kita.Tetapi,pernah tidak sekali kita menangis
mengenangkan dosa-dosa silam kita.Pernah tidak kita mendengar
kisah-kisah para alim ulama?,tabi? tabii?n dahulu,yang selalu menangis
mengenangkan dosa mereka yang sedikit.Sedangkan kita? Dosa kita terlalu
sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita
menitiskan air mata.Tetapi,apabila kekasih kita meninggalkan kita,sampai
bengkak mata kita menangis.Betapa lemahnya iman kita..

JOM MUHASABAH DIRI..

renung-renungkan dan selamat beramal..::..(mcm dr izi la plk)...::

aKu & kAu BeRbEza....



*LELAKI *

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa
anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???


Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik
kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat
yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang
isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan
mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan
isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah
kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada
mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa
seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana
bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan?
atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa
ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan
oleh Allah SWT.

*WANITA*

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak
sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak
ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan
dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah
syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh
4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita
yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH
akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH
pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa
disisiNYA.




Izinkan Abang Nikah Satu Lagi...



"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang
melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya
kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya
dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan
Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke
dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa
puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini,
anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia
kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya.
Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia
sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila
dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai
solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara
isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah
terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita
yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan
hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan
seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak
sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap
haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah
bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,"
Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini
Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil
Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu
jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak
berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke
mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina
untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah
bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan
di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra,
dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam
Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air
matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada
hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada
kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya
hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta
maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak
sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama
Abang.
"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.



---------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi
temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang
membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah
kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang
hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau
selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita
sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan
semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut
selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita.
Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada
zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk
mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman.
Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah
sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap
satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian
selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih
baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan
berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah
kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak.
Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk
dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan
Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan
kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

sama-samalah kita renungkan cerita ini..
adakah kita akan setabah itu wahai para isteri??
dan utk suami jgn ikutkan nafsu tetapi pndglah permata di dpn mata...

kArnival Buku & ICt Segamat 2009






actually...
last weekend ari SABTU ari 2
ade karnival buku & ict segamat 2009,
karnival ini dianjurkan oleh Fakulti kami iaitu..
Fakulti Pnegurusan Maklumat..

So, event ini diadakan di Dewan Serbaguna Segamat berdekatan dgn Dataran Segamat.
Pd hari tersebut..terdapat pameran dan jualan buku serta story telling Competition yg diadakan utk Pelajar2 sek men n rendah...
Agak meriah jgk...

dpt la aku snap 2,3 pic kt sna...

jom view...


alHamdULiLLah..bru abis test Puan Diana...



lame gak aku xhapdate aku pny blog nie..
hehe..
xde la lame mane pun..
byk story sbnrnye tp bz skit lately...


arghh...lega akhirnye dh abis test pn D..
killer paper nie..
quiz mcm test..test mcm final..final mcm maut...
huhuh...
tp ok la test dye td
agk mudah krn dh study question bank dye,..
Pn D no suke wt suspen je..
ckp ade esei..pnt ktorg study..skali xde esei..
wt cuak jew....
apepun..Tanx a lot taw Pn Diana..kerana memberi soalan test yg agk mudah....
Cayang Pn D...

hmm..btw...lega xilang lg sbnrnyer...
juz bru lps 1 test je,...
ade lg 2 test n 2 presentation yg mencabar & membuatkan jantungku berdebar2....
next week ade test ETR300 n test Pn Rash..
Pastu ade presentation cik adda n ETR300..
present nie yg wt aku cuak...sume nk proper giler...
wish me luck k kwn2.....

heheh...tgu di en3 seterusnyer....

PeRcaya @ Tak??? Benar2 Berlaku



Adekah ini kisah benar??atau gurauan semata-mata.,...
Malaysia telah dikejutkan..

Pernah dgr kartun Pingu???
ala..yg penguin 2..jln kedek2...
heheheh
Kartun pingu telah dijumpai di Petronas..
Jom saksikan...



hehe..jgn mara r....sekadar gurauan semata-mata..

tidak ade kena mengena dgn yg hidup atau pun yg telah meninggal dunia..



Semburan Nyamuk Utk Nyamuk Aedes



SERANG..SERANG...SERANG!!!!!!!

HA..ape yg kena serang 2???


hari ini telah dikejutkan dgn 1 berita...
Seorang Pelajar Uitm Campus Johor telah dijangkiti demam denggi
So, Campus Blok Intan telah disembur dgn semburan utk membunuh nyamuk2 tersebut..
semburan dilakukan pd jam 6.30 ptg...
semua siswa dikehendaki turun n semburan dilakukan besar-besaran...
hah..2 la..bile dh kena bru nk bertindak...
lumrah alam...

So,sesiapa yg rase prihatin, marilah sama-sama membersihkan rumah, pejabat, sek, balai awam, dan sebagainye dari segala bntuk kotoran agar dpt menghindarkan dr dijangkiti DENGGI...
Jauhilah DENGGI..
pesanan dari KEMEnTERIAN KESIHATAN MALAYSIA..

::.Adakah aku mula tension??..::



hmm...nape aq mula tension..

entah la..
semakin hari kerja semakin byk...
bile la agknye nk abiskan
rasenye keje xkn pernah abis kot..
pasti ade je yg dtg menyinggah,
xlame,kejap pn msti ade
xkira la keje yg dr sekecil zarah hingga sebesar gajah..
uish..
taw x aku pling tension dgn keje ape??
ETR300...
hurmm...tarikh due makin dekat..
financial xreti wt lg...
ntah balance ntah tak...
adooiii....
dugaan..dugaan..

aku bkn nk merungut, atau merintih...
taw xelok..
sekadar meluahkan ape yg terbuku di hati..
rindunya nk balik umah..
jmpe parent...
rindu sgt3....


aku masih ingat ade pepatah mengatakan
"jangan direnung letihnya usaha,
tetapi renunglah manisnya sebuah kejayaan"
kata-kata ini lah yg menjadi penguat kepadaku selama ini...





SEMAKIN MENUJU KE ARAH AKHIRNYA SEMPURNA

hmm,.xpe la..


yg penting kt cni..aku punyai kawan2 yg menghiburkan ...mereka sgt baik...yanie sayang kamu semua..walaupun kita dh nk smpai ke pnghujung..hope jgn la lupa kt aku..keep in touch yea...suka duka bersama kalian tidak akn aku lupakan...AKHIRNYA SEMPURNA






::..DINNER DIIM 09'..::




malam dinner IMS (Information Management Society)
bertemakan "retro & traditional"


aku memilih tema traditional
chehh.gadis melayu terakhir la katakan..
dgn bersarungkan kain batik dn bju kebaya pendek..
aku meneruskan perjalanan k DST..
hmm..smpai kt sna..
dftr..
dpt doorgift "bunga ros perfume"
jadik r kn..
rmai student dh memenuhi ruang dewan 2...
hmm..sbnrnye kn xde la sronok sgt dinner sem ni..
tah la,cm bosan je..
tp layann je la..dh last sem kn...

jom..layann gmbo2 yg sempat di capture mlm 2..
hehehe




yati n yanie



ha'..cube teka sape nie??kuang3x...jgn mrh yea..



traditional vs retro

wif my lecturer..::(mr nor ezan)..



::..wahh..btl k jd Pengapit Pompuan nie..::



::.. keluarga pengantin..::

uish...cm xcaya je aq ni jd pengapit pengantin...hehehe...

last weekend ari 2 aq g blik kota tinggi, ank mak itam aq kawen...so,g la rewang,tlg menolong..chehh...dh mlm sb2 tu tetibe kak ida merangkap pengntin pompuan,


die suh lak aq jd pengapit..dh la xpndai,...tp nk x nk kena la tlg gak..sedara la kn...
pg ahd 2...aq men taram je...pakai bju yg aq bwk 2...dh la xsama tema..

org mntk ijau pucuk pisang..tp aq pakai biru turquoise,..lantak la..ade gak ijau2 nye..heheheeh.


tp yg pelik nye..aq igt aq sorg je bju len ari 2..skali tetibe tgari 2 pngantin lelaki dye smpai..aq pny la terkejut bju pengapit pengantin lelaki dye sma kaler dgn baju aq..mak oii...


xde angin xde ribut..cmne dye taw aq pkai bju wrna 2 ntah...knl pn tdk si pgpit llaki 2.


abis 1 ari 2 aq kena gossip dgn cousin2 aq...bengang la gak kn...


jom VIEW gmbo2 spnjg majlis tersebut..


wif my cousin...


bilik pengantin pompuan


membatalkan air smbhyg

hah' sama xbju kitorg?? ala2 kn...






::..ADAKAH INI CERITA LAWAK????..::



Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit
tu bukan membaca la tu...tapi mengeja... ;-)



Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun.... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk
Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan
meninggalkan jemaah....
Macammana.. Adakah anda rasa lawak
dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak ker... , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg
betul-betul beriman... “

" Lawakker... berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak
kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut
terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...."

"Lawak, ker.... ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. Ada
tu lagi dashyat setahun 2 kali aje... Bile time sembahyang raya..."

"Lawakker... ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak ker.... , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat
adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak ker.., kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang berunsur agama

Lawak ker???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. Tapi yg paling lawak sekali.. Berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...


::..gELagAt SyaiTAn di Majlis Kenduri..::::



Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung..... Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti..

Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak. Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.

Kata Tok Dahaman,dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu, tetapi dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki.

Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu.

Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu dikening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan. Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan ditempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah... ), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk... Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat danbertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.

Bagi pihak perempuan pula,keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan. Keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah.

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH..

Wallahualam

MORAL OF THE STORY;
APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU...
MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH...

Semoga hari ini lebih baik dari semalam...



::....mUdahnYa meNjadi MusliM..NaMun,...::



Mudahnya menjadi muslim, namun... kita sendiri yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak, mudahnya menjadi muslim...namun...



Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...

Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa,guru² & rakan² sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...

Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut...

Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit...

Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar berjamaah tetapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam...

Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran, tidak selama menonton tv,& cd...

Solat maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam...

Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit...

Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis RasuluLlah SAW walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit...

Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton wayang lewat malam...

Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur....

Renunglahhh.....


::..cARa PoToNG KuKU..::



CARA POTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;


Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya n
penyakit.

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
kepapaan
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh
ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya.

::.Cuti Hujung Minggu....::


cuti Weekend??cuti WeekENd???
ape aq buat erk???


hah...mlm pas abis test ari jumaat ptg 2..
aq nk format laptop sbnrnye..
lptop dh thp lembab gile babeng...
seb bek en. ilani kite nk tlg formatkn...
dye sungguh bek ati..ye la merangkap classmate,kena r sling tlg-menolong..
cheewahh...
ptg aq anto format..mlm dlm kul 8.30 dye dh siapkan..
cm taw2 je aq nk cpt coz nk wt assgmnt..
tanx a lot r my fwenz...

pastu mlm 2 trus g bilik yatie wt asgmnt..
smpai kul 3 pg bru tdo..
uii..amat ngntok..

ari sbtu..pg2 dh bgn..
balik k blik aku n mandi...
pastu g mkn tgari dgn sha n eida..
pastu lpk dgn someone special*....
ptg sbtu ujan komain lebat btl..
mlm 2 g blik yatie ag wt assgmnt..
kul 3pg gak msuk tdo...

pg2 dh bgn,dlm kul 7 nk blik bilik..
coz yatie n lala nk kena g opkim...
aq lak xdpt join coz ade xtvt ari 2...
dlm kul 12 dh siap2 nk g jmputan kawen umah napi..
cousemate aq...
tgu pnye tgu..xsampai2 gak napi nye..angin gak la..
jnji kul 12, tp xsmpai..
2 la jnji melayu..huhuh
kul 1 lbh bru dye smpai..
agk tension r..
aku, ija n intan muka msg2 dh kelat je..
tension coz lmbt sgt..
smpai je kt umh dye..
pergh.meriah btl...
rmai dak kls E1 dtg..
syafiq n topex pn ade..
n someone special pn ade skali..hehehe
diorg dr mlm smlm dh dtg..tlg rewang..
jd mamat pencuci pinggan pg kenduri 2..hehehe
meriah la..lawa akak napi yg kawen 2..

ari isnin..
aq dgn fiza g umah mak angkt aq kt labis...
lame xjenguk dye...
lgpn bpk angkt aq bru meninggal..
so,g ziarah la..
tkt t len kali xde masa nk pg...dh bz je kn..
pg 2 mmg xde mus ktorg nk ke larkin..
sib bek Pak jAMIL,pak guard uitm nk tlg anto ktorg k bustand...
mak angkt ni aq dpt time ikut OPKIM taun lps..
anjuran uitm..so,ble free ktorg dtg sna..
walaupn xtvt OPKIM 2 dh abis..
tp kami still keep in touch dgn diorg...
dlm kul 5.30ptg ktorg smpai uitm..
Ujan lbt btl..
seb bek abg angkt aq nk tlg anto blik u nie..
hehehee.....

hah..lihatlah
penuh btl kn jadual..
igtkn xblik umh..
dpt wt asgmnt kt cni
skali ade aje xtvt nk dibuatnye..
heheeh..
xpe2x..yg pnting aq akn siapkan assignment2 tu sume...
sampai cni dulu la yerk....
t ade news story...ana cite ag...
daaaaaa.....

Dh abiss test....



Assalamualaikum..
weekend nie aq xblik umah...
ntah yea..myb byk assignment nk kena sttle down kn...


Alhmdulillhah..akhirnye 2 test dh lps...
lps ni tnggl lg 2 test iaitu test pn.D n pn.Rash

hidup selalu nye rumitkn..
kdg2 gmbira...kdg2 sedih..
xde org akn bergembira sepanjang masa..
n tak de plk org yg akn bersedih spnjg masa..

walau hati xtenang...
walau hati ingin skali memberontak...
walau jiwa sntiasa resah..
tp sapa yg akn mendengar..
hati kecil ingin sekali menjerit
bilang pada semua
ape yg berlaku
tapi apa kn daya
diri tidak mampu
berbuat demikian
perasaan mereka,
aib mereka
perlu dijaga berhati2
agr tidak ade yg terasa
penting bagi ku menjaga maruah mereka,
biar aq mkn hati,
biar aq ssh dahulu
biar org buat kita
jgn sesekali kt buat org,
Andai itu takdirnya...
Aku redha dgn kehendakMu.....
Ya Rabbi..
Aku amat merinduimu..
Bantu lah aq menyelesaikan kerungsingan hati ini...



::...KeNapa Kau?? ..KenaPa Aku???..::







kenapa kau tak penah paham perasaan aku??
kenapa kau tak penah cuba untuk paham perasaan aku??
kenapa kau taknak paham perasaan aku??
kenapa kau tak ambil tahu langsung tentang perasaan aku??

kenapa??kenapa??kenapa??

kenapa aku perlu jaga perasaan kau??
kenapa aku kene makan hati dengan kau??
kenapa aku perlu ikut jer kata kau walaupun dalam keadaan terpaksa??
kenapa kau langsung xmenghargai pendapat aku??
kenapa kau banyak sgt rahsia dgn aku??
kenapa aku perlu dipermainkan kau??
kenapa aku diabaikan oleh kau??
kenapa kau xblh nk share mslh dgn aku??
kenapa semua org perlu ikut kata kau??
kenapa perlu ada rasa iri hati??

kenapa kau xpernah nk ambil brt psl aku??
kenapa kau xpernah tny masalah aku??
kenapa kau xpernah perasaan kewujudan aku??
kenapa kau sering lupakan aku??
kenapa kau xingat detik indah bersama??
susah senang bersama??

kenapa kau xpernah nak berikan perhatian pd aku???
kenapa aku buat semua salah di mata kau??
kenapa aku je salah dan kau je betul??

ADILKAH SEMUA NI UNTUK KAU DAN AKU??..ATAU NI HANYA BERPIHAK PADA KAU DAN AKU TETAP MACAM NI?? MENURUT JER APE YANG KAU NAK..DAN MAKAN HATI JER DENGAN SIKAP KAU SELAMA NI?? AKU SENDIRI PUN TAKNAK BENDA NI JADI PADA KAU DAN AKU

p/s: terima kasih ye yati (nurhayati-yat218.blogspot.com) untuk keratan n3 nie....t kite share lg yea...hehehe


::..Mari tgk cte WAYANG..:::




salam..wow best gle mlm nie..
td yanie dpt 2 tiket free g tgk filem 'wayang' lakonan eman manan n ida nerina...
ade la sorg hamba ALLAH yg bek ati bg kt yanie...
yanie ajk membe yanie,yati g tgk..



haa..ini la gmbo ticket nye....



ini dye..bisnesswoman kite.. nampaknye Pn Diana sdg sibuk berniaga di luar panggung....
mcm2 jualan ad...air kotak,pop corn, kacang rubus pn ad..jgn memain....
igt kt paso mlm je k ade jual kcg rebus,kt panggung pn ader...


di dalam panggung..cheh

HAH...ini la poster movie "WAYANG" lakonan eman manan, hero malaya kite...gandingan mantap bersama ida nerina,zul huzaimy dn ramai lg...


akhirnya tamat lah cte "wayang" 2....ni pic pas kua dr panggung...memang menyeronokkan...rugi sapa xpegi...

Actually,cte wayang ni mengisahkan kehidupan masyarakat kelantan yg popular dgn wayang kulitnye...di mana lakonan eman manan sebagai teraju utama yg menghidupkan jalan cerita yg mana menjadi seorang pemain wayang kulit bersama 2 org anak muridnya....

Filem wayang ini adalah filem keluaran Uitm..dr pelajar2 seni lakon layar...




::....XTVT ari kHamis..::::



yatie n yanie



salam...
ari ni sesi photography xabis2 lg...
mari la saksi kan post2 yg menarik,tertarik n tarik-tarik....
sapa2 yg mendapati gmbr nye ade di sini hrp jgn mare yea..
gmbr2 ini di capture di dalam taman PTDI...
cantik kn tmn dlm perpustakaan nie...















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...