Pages

Tuesday, December 27, 2011

Hakim tentukan Rabu ini sama ada dengar atau tarik diri permohonan Nizar



23/02/2009 8:27pm

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md. Yusof akan memutuskan pada Rabu ini sama ada beliau patut menarik diri ataupun terus mendengar permohonon prosiding undang-undang yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.


Beliau menetapkan demikian selepas selesai mendengar hujahan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar selaku pemohon dalam semakan kehakiman bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Permohonan tersebut juga bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang Dr Zambry atau ejennya daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar. - Utusan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...